31 March 2011

Rawatan yang memudaratkan

Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”

Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika Syarikat

24 March 2011

LATEST: Kejadian bunuh diri di KB mall

Seorang remaja perempuan didapati cuba membunuh diri dengan terjun daripada luar bangunan KB Mall (Kota Bharu Mall). Motif cubaannya untuk membunuh diri tidak dapat dikenalpasti. Kejadian dipercayai berlaku lebih kurang pukul 5 petang (24 MAC 2011). Walaupun terjatuh, perempuan tersebut hanya cedera ringan sahaja kerana pihak bomba telah menggunakan tilam sebagai alas di bawah.
Tapi sekarang tak sure lah

video

Ada banyak juga spekulasi yang dibuat oleh orang ramai mengenai cubaan bunuh diri di KB Mall ini. Antaranya ada yang menyatakan bahawa remaja perempuan ini mungkin mengalami masalah dalam percintaan atau dalam bahasa lebih kasarnya ialah “putus cinta hingga nak bunuh diri”! Logikkah akal ini hingga sanggup bunuh diri kerana gagal dalam percintaan?

Namun, ada juga yang menyatakan bahawa remaja perempuan ini sebenarnya telah gagal dalam peperiksaan SPM hingga tidak mahu teruskan hidup lagi. Benarkah SPM ialah segala-galanya hingga sanggup membunuh diri?

Hukumnya Haram dan Berdosa Besar Bagi Muslim

”Jangan engkau membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan al-haq” – maksud surah al An aam : 151

”janganlah kamu membunuh dirimu, kerana Allah maha menyanyangimu” – maksud surah An Nisaa : 28

dari jundud bin abdullah, bahawa Rasul saw bersabda; ”dahulu ada orang yang terluka, lalu dia mengambil pisau dan memotong urat nadi di tangannya sehingga ia mati kerana kehabisan darah, lalu Allah berfirman, ”orang ini mendahului kehendakKu untuk mengadapKu (mati) maka aku haramkan syurga baginya.” – riwayat Bukhari dan muslim

”dan janganlah kamu berputus asa dalam menggapai kurnia Allah, sesungguhnya yang berputus asa hanyalah kaum kafir sahaja” – maksud surah Yusof : 78

“Barangsiapa menjatuhkan diri dari atas gunung kemudian bunuh diri, maka dia berada di neraka, dia akan menjatuhkan diri ke dalam neraka untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa minum racun kemudian bunuh diri, maka racunnya itu berada di tangannya kemudian minum di neraka jahanam untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan alat tajam, maka alat tajamnya itu di tangannya akan menusuk dia di neraka jahanam untuk selama-lamanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Doa menaiki kenderaan


sebelum sedara dan sedari
nak p mne..
jomla kite praktikkan balik membaca doa ini..
supaya kita sentiasa dilindungi..
mari sama-sama amalkan.

andai suami/family/boyfriend kita
nak pegi keje tu..
sambil hantar die ke muke pintu..
bisikkan juga ayat ni..
so secara tak langsung
mereka baca sekali and
InsyaALLAH
akan dilindungi perjalanan mereka
dan selamat sampai..
and dapat keberkatan tau.

j0m amalkan..!!


ctmuni says:
i pon da start bacakan utk de'boyfee
bile die nak pegi keje
evrytime die nak g mne2,
die ni suke gtau i..
then dari situ la..
i selalu suh die bace sekali..
seronokla relation macam ni..
rase lebih erat
korang pon cubelah

23 March 2011

Mymetro: Belasah suami

AMPANG: Hanya kerana meminta dihidangkan makanan dan diurut badan, seorang lelaki berusia 53 tahun yang terlantar akibat sakit buah pinggang kronik dibelasah dan ditendang isterinya hampir 30 minit di rumah mereka di Jalan Cempaka di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Ahad lalu itu, lelaki terbabit yang sakit sejak setahun lalu hanya mampu menutup kepalanya menggunakan kedua-dua tangan sambil merayu dikasihani isterinya yang berusia 40-an. Mangsa mendakwa kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku, sebaliknya kekejaman isterinya itu terpaksa dilaluinya sejak enam bulan lalu dan secara keseluruhan sudah lebih 10 kali dia diperlakukan sedemikian.


Tidak tahan dengan perbuatan keji isterinya, mangsa ditemani beberapa rakan tampil membuat laporan di Balai Polis Ampang di sini, kelmarin, kerana bimbang keselamatannya.

Sumber polis berkata, mangsa mendirikan rumah tangga bersama pasangannya hampir 10 tahun, namun penyakit buah pinggang kronik dialaminya sejak setahun lalu menyebabkan dia terpaksa bergantung hidup kepada isterinya.


“Sejak menghidap penyakit berkenaan, setiap pergerakannya terbatas. Disebabkan itu, dia terpaksa meminta bantuan isterinya untuk mandi, makan, termasuk untuk bergerak ke tandas,” katanya.


Menurut sumber, enam bulan pertama, mangsa dijaga dengan baik oleh isterinya namun wanita terbabit dilaporkan hilang sabar sebaik masuk bulan seterusnya.

“Mungkin wanita itu tertekan untuk mencari nafkah dan dalam masa sama terpaksa menguruskan makan minum suaminya itu. Wanita itu, mula menunjukkan sikap tidak sepatutnya dan dikatakan mula mengabaikan tanggungjawabnya itu.


“Malah, jika suaminya meminta dia menyediakan makanan, mengurut badan yang sedang sakit wanita terbabit akan memaki hamun sebelum memukulnya,” katanya.

Sumber itu berkata, Ahad lalu, mangsa yang lapar dikatakan meminta pertolongan isterinya untuk menyediakan makanan.


“Wanita terbabit memarahinya namun lelaki terbabit masih bersabar. Selepas 10 minit, mangsa sekali lagi meminta isterinya mengurutkan badan dan kakinya yang sakit.


“Permintaan mangsa menimbulkan kemarahan isterinya sebelum mereka bertengkar. Isterinya yang hilang kawalan memukul suaminya.


“Wanita itu menumbuk, menendang dan memukul mangsa menggunakan kaki dan tangannya lebih 30 minit,” katanya.


Katanya, mangsa hanya merayu dikasihani dan menutup bahagian kepalanya menggunakan kedua tangan.


“Selepas melepaskan geram, wanita terbabit meninggalkan rumah berkenaan,” katanya.


Keesokan harinya (kelmarin), mangsa menghubungi beberapa rakannya meminta bantuan membawanya ke balai polis sebelum membuat laporan berhubung kejadian itu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

ctmuni says: "dunia sekarang macam-macam..
wat la yang tak elok byk2
nnt regret tau.. wateva"

keputusan terbaik SPM 2011

what my mood today.?
so many work to be done..
due date makin hampir..
stress.!
basically kalau stress mean unhappy la kan
and lau unhappy i mean 'sad'
..please..
i nk work harder..
nak siapkan semua asignment
and just focus on my study
yes, that's so true
kena focus
my final year already
wish me luck kawan-kawan.!

eh..
takde kene mengena dengan SPM pun.?
its not me lar
its my adek
'si b0ncit' amik result SPM die this morning..
ptg td text die..
seems that she having a good time
pretty sure she get good result..
it's her new beginning
never tell you before, oncit..
but i'm so proud of you

well,her result is better than me..
huh lau die bacer ni
jgn nak mengada sangat tau..he3
*die stalker blog i tau..tau jek sume citer i*

well,
last night she call
let me know she wear teeth braces..
that morning..
wane pink gitu
tak sabar nak tengok camne die pagar gigi die tu.he3

so watever
tomorow got few work to be done
hope this week boleh siapkan semua keje
aja-aja fighting.! gambate..



tata

22 March 2011

part 6: baca-baca dan selamat berfikir.


Lucky is the man who is the first love of a woman,

but luckier is the woman who is the last love of a man.


emm wondering why.??

..fikir-fikirkan..


20 March 2011

part 5: baca-baca dan selamat berfikir.



"No one is perfect until you fall in love with them"


19 March 2011

malam pertama aq

tajuk entri takley blah
ni bukan malam pertama 'tut'
ni malam pertama
nak wat ucapan
untuk viewers blog ni
he3! me loike


thanks to my viewers..
appreciate u oll so much
sayang u guys a lot.!
..muaxxx..

tata

part 4: baca-baca dan selamat berfikir.


i was never jealous before we meet..
but now every girls is my potential threat..
~mamma mia~

1st time : My ex



untuk yang pertama kalinya
cik ctmuni nk tunjuk picta ex die
bukan senang2 tau..

yes.!
inilah die de' ex
hubungan kami de la beberapa tahun jugak
agak lama
and
ni die jugak la
guy yg broke my heart satu ktika dulu
aq setia giler dgn die kot.
tp macam2 masalah la.

mybe we're not meant for each other
sume yang jadi bukan salah die
100%
aq pon salah jugak
siyes!

so
watever...
eh cop..
sbenarnya cik ctmuni bru jumpa picta ni time
duk 'kemas-2' folder lappy smalam.
ingat da buang sume
upenya de agi..he3.!
i'm ok..really..

korang yg bace ni.
hargai pe yang korang ader tau
cik ctmuni skang dah bahagia
Alhamdulilah..
and akan terus begini
InsyAllah..
m0h0n doa korang erk..
skrang cik ctmuni kawan dgn de' ex ni
kitorg okey2 jek
contact mcm biasa

"everything is fine in heaven"
ecece..pe kne mgena lak erk

p/s: lau tau cmtu jd dlu,
siyes cik ctmuni xmo timer die awal2 dlu.. sub!sub!
kcewa mmg ckp cni kn..he3

tata

18 March 2011

part 3: baca-baca dan selamat berfikir.


"Love is like heaven, but it can hurt like hell.

Who do you turn to when the only person in the world that can stop you from crying,

is exactly the one making you cry?"

part 2: baca-baca dan selamat berfikir.

"It breaks your heart to see the one you love is happy with someone else,

but it’s more painful to know that the one you love is unhappy with you."




Video : by Nancy Ajram-ahsaas jedeed

nancy ajram.
aq mmg suka lagu-lagu dier.
tak phm.?
cri kat google lar.
dapat la tau mean die kan.
SIMPLE AS THAT

well,
video klip lagu ni pon
die nampak cute sgt
*sila abaikan ke' sexy die jap erk*

citer die cam
die in love dgn sum1 yang
could not speak n hear la.
call die 'cute boy'
and die da tunang.
pas die dah rase idup ngn si 'cute boy'
die pilih untuk idop ngn 'cute boy'

die tanggalkan gak ring yang tunang die tu
nak tunjuk la
yang die ni pentingkan cinta sejati
dari harta..

tapi betul sempoi and cute jek die wat bahasa isyarat tu.
me loike.!


** Ahsaas Jedeed / إحساس جديد
A New Feeling
Be Albak Byzeed / بقلك بيزيد
In your heart grows
Bethso Beklma Betetl Fia / بتحسه كل ما بتتطلع فيي
I feel it everytime you look at me
Enaka alatool / انك عطول
You are always
Fia Masht'ool / فيي مشغول
Busy with me
Keteer Betshta'li We Betmoot alia / كتير بتشتاق لي و بتموت عليي
You miss me and love me so much

(ulang 1x **)

* Ana Mabady Ella Kalam / أنا ما بدي تقللي كلام
- I donA't want you to tell me words
Yedob Alby hello We d'aram / يدوب قلبي حنين و غرام
- That fill me with passion and love
Ana Mabady Ella Kalam / أنا ما بدي تقللي كلام
- I donA't want you to tell me words
Yedob Alby hello We d'aram / يدوب قلبي حنين و غرام
- That fill me with passion and love
Bykafeeny Elly hbk / بيكفيني تقللي بحبك
- It is enough to say you love me
Hayzy El Kelma Betitlny / هيدي الكلمة بتقتلني
- These words kill me

* ady Bykoon / حدي بكون قلبك مجنون
- When you are with me
Albak Majnoon / قلبك مجنون
- Your heart is crazy
7ta Nazraat 3oyoonak Majnoon / حتى نظرات عيونك مجنونة
- Even your eyes are crazy
By3z 3aly / بيعز عليك
- I comfort you
Telef Be3neek / ترف بعينيك
- You turn your eyes
Tmlokshy La7za Teshoofo 3ayoony / و تمرق شئ لحظة و ما تشوف عيوني
- U own them for a second

video: Nancy Ajram-Enta Eih / إنت إيه


Enta eih mesh kfaya aalaik
....what are you (how cruel are you) Is it not enough
Tegrahni haram aalaik enta eeih
....That you hurt me? Have pity. How cruel are you?
Enta laih dimooai habeebi tehoun aalaik
....Why my love, is it so easy for you to bring me to tears
Tab w laih ana radya enak tegrahni w roohi feek
....And why do I accept that you hurt me when my soul is part of you
Tab w laih yaani eih radya beaazabi bain edaik
....And why am I accepting this torment at your hands?

Law kan da hob ya waili mino
....If this is love, my misery is from it
W law kan da zanbi matoub aano
....And if I am to blame, I cannot say never again
Law kan naseebi aaeesh fey gerah
....And if it is my lot to live in torment
Hayaeesh fey gerah
....I shall live in torment

Mesh haram mesh haram enak tekhdaani fey hobi leek
....Have you no pity? Have you no shame that you cheat me knowing the love I have for you
Mesh haram elgharam wel seneen hayati w 3ashi eleek
....Is it not a shame, the passion and the years and longing that I am living for you?
Daa awam wala kan leaaba fey hayatak yetdaweek
....Was the love lost completely? Or has it been a game
Daa awam el hanan w hodni albi w amali feek
....Was the love and tenderness and my heart and faith in you all lost?

Law kan da hob ya waili mino
....If this is love, my misery is from it
W law kan da zanbi matoub aano
....And if I am to blame, I cannot say never again
Law kan naseebi aaeesh fey gerah
....And if it is my lot to live in torment
Hayaeesh fey gerah
....I shall live in torment

17 March 2011

CJJ : Tips kekalkan hubungan cinta jarak jauh


Percintaan jarak jauh ada kalanya begitu menduga tapi dah sayang kan

what to say.

aq sdiri pun bercinta jarak jauhmemang kena banyak bersabar..

so bg sape2 yg bercinta jarak jauh

kalau nak terus kekal bahagia walau bercinta jarak jauh..

perlu lakukan ni:


:: Percaya pada pasangan::

Apabila berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia.

Pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan ini berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan.

Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi anda walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya.


::Setia walaupun jauh::

Memang pelbagai dugaan yang akan dihadapi apabila berjauhan.

Ketika berjauhan, anda akan terasa sunyi kerana orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata.

Apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati.

Ketika inilah kawan menjadi penyeri.

Namun begitu, walaupun anda masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan.

Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila bersama dengan orang yang anda sayang.

Di sini, ada yang kecundang.

Ada yang berpasangan dan menjalin hubungan dengan kawan disebabkan terasa sunyi.

Fikirkanlah, apa perasaan pasangan apabila mendapat tahu yang anda tidak setia?

Letakkan diri anda di tempat dia. Adakah anda akan gembira dan suka jika dibuat demikian?


::Berjumpalah walaupun seketika::

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan.

Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab.

Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia.

cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa.

Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang.

Janganlah tidak berjumpa langsung.

Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan.

Jadi, apabila ada kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa.

Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu.


:: Tanyalah khabar::

Setiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar.

Buat secara selang seli.

Hari ini anda yang hubungi dia dan esok giliran dia pula.

Dengan cara ini, baru sama-sama berasa susah dan senang.

Jangan mengharapkan si dia saja yang akan menelefon.

Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jika dia saja yang perlu hubungi. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen.

Untuk itu, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.


:: Sambut hari ulang tahun bersama::

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama.

Sekiranya sambutan hari ulang tahun itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas itu.

Luangkan masa bersama untuk seketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain.

Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati.

Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.


:: Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah::

Cinta jarak jauh memang sukar.

Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang.

Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu.

Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta.

Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang.

Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia.

Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan?

Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Ramai orang tahu apa makna ‘putus kasih’ dalam perhubungan.

Ada di kalangan anda yang pernah berpisah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu.

Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna.

Berjurai air mata dikeluarkan dan pelbagai memori indah saat bersama dengan pasangan anda hadir dalam minda waktu itu.

Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana dia bukan lagi pasangan anda.


ctmuni says: bila ak type entry ni..

de' boyfee aq tu duk mesej ja kate aq tak reply mesej die..

sunyi kate nya..

oit cik abg, bru 2 jam kot xmsj

i love u ketat2..he3



part 1: baca-baca dan selamat berfikir.


"apabila 'dia' ingin berjalan
katakan untuk lari bersama"


16 March 2011

Terkini 2011: Teman lelaki dibunuh kerana cemburu

WAH.!
surat khabar mana yang keluarkan cerita ni ea.?
mesti huru-hara Malaysia jap dengan berita ni
*cm sume bce blog aq kan*

he3.. takdela
bukan ape.
gejala cemburu ni memang ramai yang rasa kan.?
aq pon salah sorang darinya jugak.
cemburu bukan terlampau la
tp cemburu tu sendiri kalau tak di bendung boleh
sebabkan perkara2 yang tak terduga tau
macam tajuk entri kali ni.

kat sini
nak aq bagi pengetahuan am sikit tentang cemburu ni
penting tau
sape kata tak penting
cuba la ngaku..
i flying kick u.!

okies2
back to topic

jom kita tengok tingkah laku orang yang cemburu

1) dia sentiasa intip bf atau gf
dengan cara dia sama ada kerap call,
atau berkawan dengan kawan2 gf/bf dia
untuk tahu tentang gerak geri bf/gf die
*annoying kan*

2) dia akan banyak menyoal dengan
cara and ayat yang menuduh
--"betul ke, meeting ke dating?"--
antara ayat yg memang confirm
ada ura2 cemburu di situ

3) dia banyak berleter

4) dia mudah ajak bergaduh.
tujuan dia untuk kita menafikan sekerasnya
bahawa kita ada 'spare part'
*menyakitkan aty kan?*

5) perkara kecil dibesarkan
and
perkara yang tiada akan di ada kan
*rse nak tampor2 jek*

6) dia akan banyak mengugut
dengan ayat2 yg separa mengancam
--"kalau saya dapat tahu, mati awak saya belasah"--
--"kalau awak nak pasang lain' tinggalkan saya"--

macam-macam ragam sebenarnya kalau libatkan
tentang cemburu ni.
cemburu dalam hubungan ni
perlu di tangani dengan baik sebenarnya
seeloknya perbincangan dari haty ke haty perlu
sekerap mungkin

baca-baca lah
dan
semoga berbahagia.


Resipi: Brownies..


BAHAN A:
500 g gula
250 g mentega

BAHAN B
200 g telur

BAHAN C
100 g tepung
100 g serbuk koko
300 g kacang badam

cara membuat:

-pukul bahan A sampai kembang

-masukkan bahan B dan kacau
hingga rata

-masukkan bahan C lalu digaul
sebati

-tuang adunan ke dalam acuan
dan bakar
pada suhu 200' celcius
for 75 mnit tau..

15 March 2011

video & Lirik: Bawalah cintaku by Afgan

video

Sumpah tak ada lagi
Kesempatan untuk ku
Bisa bersamamu
Kini ku tau
Bagaimana cara ku
Untuk dapat trus denganmu

Reff:
Bawalah pergi cintaku
Pada ke mana pun kau mau
Jadikan temanmu
Temanmu paling kau cinta
Di sini ku pun begitu
Trus cintaimu di hidupku
Di dalam hatiku
Sampai waktu yang pertemukan
Kita nanti

Back to *, Reff

14 March 2011

SPM 2010: result sudah keluar..

okey..

khabar angin yang keputusan spm dikeluarkan 10 mac tu sememangnya khabar angin yang tidak berperikemanusiaan.

mana tak nye, budak2 yang tunggu result mesti berdebar tapi akhirnya hampa..

and at last, kite dapat jugak tarikh confirm untuk semak keputusan spm..
tp kan knp aq bother sgt hal ni erk.? emmm

of course la sbb adek oncit aq tu nk amik result gak nt kan.

td nampak post die kt FB..
nampak la debar kot..
alolo cian tp padan muke..
bia debar sampai pengsan..he3.!
jahatnyer..
*klik image utk besarkan k

...SO..
Datuk Abdul Ghafar Mahmud
dah mengesahkan yang tarikh rasmi keputusan SPM diumumkan ialah pada

"23 march 2011"

dah.!!
sila lah bedebar sampai pengsan.
titik.! he3

ctmuni says: gud luck dear 'adek'

2011 Tsunami di Jepun: SENDAI muram

Tsunami hit jepun sekali lagi.
Gegaran besar ditahap 8.9 skala ritcher ini telah mebuatkan utara Jepun
menjadi padang jarak padang terkukur.
Ia direkodkan antara yang gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun
yang mengakibatkan wujudnya tsunami setinggi 10 meter.
negara Jepun boleh dianggap seperti isi dengan kuku apabila dikaitkan dengan tsunami.
Beberapa bandar yang terletak di wilayah Ibaraki, Aomori, Chiba, Fukushima
juga tidak terlepas menerima nasib yang serupa.
Kemusnahan harta benda direkodkan agak teruk di utara Jepun.



lokasi jepun yang berdekatan dengan beberapa negara lain.
russia dan hawaii turut keluarkan ancaman tsunami pada hari itu.

malaysia.?
kite agak terlindung sedikit oleh kedudukan kita yang terlindung oleh filipina
dan juga sabah dan sarawak.
tp adakah selamanya selamat.?


gambar awal oleh NASA.
pusaran air laut.

bayangkan...







keadaan jepun

sebelum
dan
selepas

...... TSUNAMI...


myMETRO: loji nuklear

KORIYAMA: Krisis nuklear Jepun semakin buruk semalam ketika pihak berkuasa bergegas untuk menangani ancaman peleburan beberapa reaktMEor nuklear.

Sementara itu, lebih 170,000 orang dipindahkan dari kawasan berhampiran loji berkenaan kerana bimbang kemungkinan mengalami pencemaran radioaktif.


Pihak berkuasa Jepun berusaha mengurangkan suhu di beberapa reaktor nuklear, termasuk satu yang dikhuatiri pegawai mungkin lebur hari ini bagi mengelak bencana itu daripada bertambah teruk.

Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano berkata, pihak berkuasa tidak dapat menolak kemungkinan satu lagi letupan di loji nuklear akan berlaku.


“Kita tidak boleh menolak kemungkinan satu lagi letupan,” katanya. Bagaimanapun, jika ia berlaku, ia tidak akan memberi kesan serius terhadap kesihatan orang ramai,” katanya.


Lebih 170,000 orang sudah dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga meskipun Edano berkata, radioaktif yang tersebar ke udara setakat ini begitu kecil dan tidak mengancam kesihatan
.


ctmuni says: Dikhabarkan,

hampir 11 rakyat jepun dikesan mempunyai ciri2 terkena radiasi.

kerajaan jepun sdg ligat mengedarkan iodin kepada rakyatnya.

tak cukup dengan bencana tsunami dan gempa bumi.

lebih worse, ancaman radioaktif.??

then..


myMETRO: gunung berapi meletus

TOKYO: Sebuah gunung berapi di Jepun barat daya meletup semula selepas dua minggu sepi, memuntahkan debu dan batu setinggi empat kilometer ke udara.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada letupan itu berpunca daripada gempa bumi besar berukuran 8.9 magnitud yang melanda utara negara itu Jumaa lalu. Gunung Berapi Shinmoedake setinggi 1,421 meter yang mengalami letupan paling kuat 52 tahun lalu, mula meletup Januari lalu. Pihak berkuasa mengeluarkan amaran melarang orang ramai mendekai seluruh kawasan gunung berkenaan


pray for them...

*image dr g00gle
(klik utk besarkan image)