KORIYAMA: Krisis nuklear Jepun semakin buruk semalam ketika pihak berkuasa bergegas untuk menangani ancaman peleburan beberapa reaktMEor nuklear.
Sementara itu, lebih 170,000 orang dipindahkan dari kawasan berhampiran loji berkenaan kerana bimbang kemungkinan mengalami pencemaran radioaktif.
Pihak berkuasa Jepun berusaha mengurangkan suhu di beberapa reaktor nuklear, termasuk satu yang dikhuatiri pegawai mungkin lebur hari ini bagi mengelak bencana itu daripada bertambah teruk.
Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano berkata, pihak berkuasa tidak dapat menolak kemungkinan satu lagi letupan di loji nuklear akan berlaku.
“Kita tidak boleh menolak kemungkinan satu lagi letupan,” katanya. Bagaimanapun, jika ia berlaku, ia tidak akan memberi kesan serius terhadap kesihatan orang ramai,” katanya.
Lebih 170,000 orang sudah dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga meskipun Edano berkata, radioaktif yang tersebar ke udara setakat ini begitu kecil dan tidak mengancam kesihatan.
ctmuni says: Dikhabarkan,
hampir 11 rakyat jepun dikesan mempunyai ciri2 terkena radiasi.
kerajaan jepun sdg ligat mengedarkan iodin kepada rakyatnya.
tak cukup dengan bencana tsunami dan gempa bumi.
lebih worse, ancaman radioaktif.??
then..
myMETRO: gunung berapi meletus
TOKYO: Sebuah gunung berapi di Jepun barat daya meletup semula selepas dua minggu sepi, memuntahkan debu dan batu setinggi empat kilometer ke udara.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada letupan itu berpunca daripada gempa bumi besar berukuran 8.9 magnitud yang melanda utara negara itu Jumaa lalu. Gunung Berapi Shinmoedake setinggi 1,421 meter yang mengalami letupan paling kuat 52 tahun lalu, mula meletup Januari lalu. Pihak berkuasa mengeluarkan amaran melarang orang ramai mendekai seluruh kawasan gunung berkenaan
pray for them...
No comments:
Post a Comment
jom bicara..