24 March 2011

LATEST: Kejadian bunuh diri di KB mall

Seorang remaja perempuan didapati cuba membunuh diri dengan terjun daripada luar bangunan KB Mall (Kota Bharu Mall). Motif cubaannya untuk membunuh diri tidak dapat dikenalpasti. Kejadian dipercayai berlaku lebih kurang pukul 5 petang (24 MAC 2011). Walaupun terjatuh, perempuan tersebut hanya cedera ringan sahaja kerana pihak bomba telah menggunakan tilam sebagai alas di bawah.
Tapi sekarang tak sure lah


Ada banyak juga spekulasi yang dibuat oleh orang ramai mengenai cubaan bunuh diri di KB Mall ini. Antaranya ada yang menyatakan bahawa remaja perempuan ini mungkin mengalami masalah dalam percintaan atau dalam bahasa lebih kasarnya ialah “putus cinta hingga nak bunuh diri”! Logikkah akal ini hingga sanggup bunuh diri kerana gagal dalam percintaan?

Namun, ada juga yang menyatakan bahawa remaja perempuan ini sebenarnya telah gagal dalam peperiksaan SPM hingga tidak mahu teruskan hidup lagi. Benarkah SPM ialah segala-galanya hingga sanggup membunuh diri?

Hukumnya Haram dan Berdosa Besar Bagi Muslim

”Jangan engkau membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan al-haq” – maksud surah al An aam : 151

”janganlah kamu membunuh dirimu, kerana Allah maha menyanyangimu” – maksud surah An Nisaa : 28

dari jundud bin abdullah, bahawa Rasul saw bersabda; ”dahulu ada orang yang terluka, lalu dia mengambil pisau dan memotong urat nadi di tangannya sehingga ia mati kerana kehabisan darah, lalu Allah berfirman, ”orang ini mendahului kehendakKu untuk mengadapKu (mati) maka aku haramkan syurga baginya.” – riwayat Bukhari dan muslim

”dan janganlah kamu berputus asa dalam menggapai kurnia Allah, sesungguhnya yang berputus asa hanyalah kaum kafir sahaja” – maksud surah Yusof : 78

“Barangsiapa menjatuhkan diri dari atas gunung kemudian bunuh diri, maka dia berada di neraka, dia akan menjatuhkan diri ke dalam neraka untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa minum racun kemudian bunuh diri, maka racunnya itu berada di tangannya kemudian minum di neraka jahanam untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan alat tajam, maka alat tajamnya itu di tangannya akan menusuk dia di neraka jahanam untuk selama-lamanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

2 comments:

  1. ape nak jadi lah ni lah akibatnya xdapt mengawal diri, terlampau tertekan, xde support, n xberfikir scr waras berlandaskan agama..

    ReplyDelete
  2. tp nmpk cm chinese.. eii pe la sbb sbnr erk

    ReplyDelete

jom bicara..